Monday , 22 December 2014
Terkini
Home » Produktiviti & Islam » 6 Cara Mengembalikan Iman Yang Mantap !

6 Cara Mengembalikan Iman Yang Mantap !

Pernah terasa seperti iman anda berkurangan ? Mungkin kerana setelah menjadi terlalu aktif, muslim yang produktif – solat lima waktu, kerap membaca alquran dan selalu mencari jalan untuk membuat amal kebajikan – tiba-tiba, rasa malas mula timbul dan memudarkan semangat untuk beramal itu. saya sendiri sudah berada didalam situasi itu beberapa kali. Hidup penuh dengan dugaan dan cabaran, ada susahnya dan ada senangnya, kadangkala , dugaan yang ditempuhi itu terlalu kuat sehingga mampu mengganggu kita dan melunturkan semangat kita. Walaubagaimanapun, masih ada cara bagi menguatkan semula semangat yang kian menghilang itu. Di sini, saya susunkan beberapa tips untuk mengembalikan semangat itu, inshaAllah :

1) Tanamkan azam untuk melakukannya semula

Sudah tentu anda pernah terdengar pepatah ini: di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Realitinya,tiada apapun yang akan berubah melainkan kita sendiri yang bertindak untuk mengubahnya. Semuanya bermula dari anda : jika anda ingin menjadi seorang yang aktif, jadilah orang yang aktif itu dan tiada siapa yang akan menghalang anda inshaAllah ! Buatlah keputusan untuk tidak mengalah kepada nafsu anda, teruskan berdoa kepada Allah agar sentiasa mengukuhkan keputusan anda dan lihatlah bagaimana hasilnya akan mengikuti kehendak anda malah mungkin lebih baik daripada itu, inshaAllah .

2) Jangan tinggalkan solat !

Walaubagaimanapun situasi anda, walaupun anda akan solat tanpa kekusyu’kan yang maksima, jangan sesekali tinggalkan solat ; terutamanya pada waktu subuh dan isya’. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

“Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh. Kalaulah mereka tahu pahala keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. ” (Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Tiada siapa yang mahu menjadi sepertimana ciri-ciri orang yang munafik. Ingatlah, anda adalah orang yang baik dan anda sedang cuba untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah. Tidak mengapa bagi kita untutk berehat daripada aktiviti-aktiviti yang produktif tetapi ingatlah untuk kembalikan semula semangat anda, serta periharalah kewajipan selaku orang islam jangan biarkan ianya terlepas !

 

3) Buka Alquran dan fahami maknanya.

Alquran merupakan penawar bagi setiap jiwa seorang insan. Ia merupakan cahaya bagi hati dan petunjuk ke jalan yang benar. Firman Allah s.w.t : ‘’Sesungguhnya Alquran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukim yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar (Al Israa’ : 17 )

 

Sebaik sahaja anda terasa seperti semakin berkurangan semangat untuk membuat kebaikan dan mutabaah amalan anda seperti berkurangan, cepat-cepatlah buka Alquran dan anda akan sentiasa terjumpa jalan untuk mengembalikan semangat itu. Al-Quran sentiasa menerangkan kepada seseorang itu bagaimana cara untuk mengembalikan imannya semula. Sebaik sahaja anda buka Alquran : bacalah sekurang-kurangnya satu ayat dan mintalah pertolongan daripada ayat tersebut kerana sesungguhnya terdapat petunjuk daripada setiap ayat yang termaktub didalam Al-Quran.

4) Bercakap dengan seseorang yang kuat dan berilmu dalam agama.

Firman allah:

‘’Katakanlah: kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis(ditulis ) kalimat-kalimat tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu’’ (Al Kahfi : 109)

 

Ilmu Allah s.w.t. itu tersangatlah luas. Kadangkada didalam kehidupan seharian kita, kita berharap untuk mencari petunjuk daripada Alquran dan as-sunnah untuk meningkatkan iman kita tetapi kita tidak berkemampuan untuk mencarinya; mungkin kerana kita masih muda dan tidak cukup ilmu. Bercakaplah dengan orang yang lebih warak dan berilmu dan minta tunjuk ajar daripada mereka kerana mereka mampu menkongsikan anda ilmu yang banyak dalam masa yang singkat. Sungguh, Ia pasti dapat membantu anda untuk mengetahui apakah langkah yang perlu anda lakukan untuk menyemarakkan semula semangat anda.

 

5) Berpuasa dan lakukan amalan yang baik pada hari tersebut

Selain amalan-amalan yang lain untuk memuji Allah, berpuasa mampu memberikan sumber yang istimewa untuk menyucikan jiwa kita. Kebanyakan orang-orang islam berpuasa pada bulan Ramadhan dan sebaik sahaja ia berlalu, mereka hanya menunggu semula bulan itu untuk kembali pada tahun hadapan, maka lenturlah semangat yang diperoleh daripadanya.

Daripada Muhammad bin ;Abdullah bin Abi Yaqub.’’Raja bin Haiwah berkata bahawa Abu Umamah pernah berkata’ aku berjumpa dengan Rasululah dan berkata:’’berikan aku sesuatu yang mampu aku ambil daripadamu’’. Rasulullah bersabda ‘’Berpuasalah tiada apa-apa selain itu.’’ (riwat An-nasa;i) Berpuasa merupakan satu cara untuk melonjakkan iman terutamanya apabila kita satukan ia dengan melakukan amalan-amalan yang baik kepada orang lain. Cubalah untuk membantu seseorang dan mempermudahkan urusan mereka , berikan semangat kepada mereka-meraka yang kehilangannya, dan senyumlah kepada meraka yang sedang kemurungan. Apabila anda berpuasa dan anda terasa penat setelah beramal kepada orang lain, percayalah, anda pasti akan berasa puas dan perasaan itu sukar untuk diterangkan ! cubalah dan rasailah ia sendiri !

 

6) Bayangkan dan pelajari tentang syurga.

Cuba bayangkan balasan yang akan anda perolehi di akhirat kelak dengan iman dan kepercayaan yang anda pegang sepanjang hidup; bayangkan syurga. Bayangkan sungai-sungai dan istana-istananya yang cantik, bayangkan anda berjumpa dengan baginda Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Islam yang hebat sepanjang zaman, bayangkan anda berjumpa semula dengan insan-insan yang anda cintai yang telahpun meninggal dunia, bayangkan diri anda yang tidak pernah jatuh sakit, tidak pernah bergelut dan tidak perlu membayar apa-apapun,bayangkan betapa cantiknya diri anda nanti, InsyaAllah !

Bercakap mengenai syurga, DaripadaAbu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “ Allah berfirman : “ Aku telah mempersiapakan syurga bagi hamba-hambaKu yang soleh apa yang mata belum melihat, telinga yang belum mendengar dan tidak terdetik di dalam hati manusia. (riwayat Bukhari) Tidakkah ini merupakan janji Allah yang menakjubkan dan mampu memberikan kita motivasi untuk mengembalikan semangat kita untuk teruskan berusaha dan beramal dengan lebih lagi ?! Akhirnya, ingatlah bahawa iman kita naik dan turun, ia merupakan sesuatu yang normal malahan akan sentiasa terjadi sepanjang masa. Namun, setelah membaca tips-tips yang telah diberikan, inshaAllah, anda sendiri tahu ianya senang untuk ditangani agar iman kita sentiasa meningkat dan terus meningkat. Perkara yang paling penting sekali ialah untuk sentiasa ikhlaskan hati untuk berubah kerana Allah s.w.t.

Biodata pengarang:
Ola El-Shamy sedang mempelahari jurusan pengurusan teknologi di Universiti German yang terletak di Cairo. Beliau mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang penulisan terutamanya puisi, Beliau sentiasa ingin membuatkan orang-orang di sekelilingnya gembira. Beliau mengidamkan kedamaian.

Comments

comments

About admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top